Friday 8 April 2016

     PENGURANGAN PINJAMAN MARA



                                     Assalamualaikum 

     3 tahun bertungkus lumus pulas semua sel2 otak agar bersambung akhir tamat juga DIPLOMA.  Selepas tamat ja belajar bermakna BAYAR LAHH BALIK PINJAMAN.  Bak kata orang pandai pinjam pandai bayar arhh balik.  Jangan pulak tak bayar atau buat-2 lupa nak bayar kang kena blacklist "ha kan dah payah plak kat situ". 

    Berbalik pada cerita asal, Zuwa memohon pinjaman MARA, jadi boleh lah buat pengurangan pinjaman MARA nie.  [Terima kasih MARA. hehehe].  Urusan pengurangan nie boleh dibuat 6 bulan selepas graduation.  *Betulkan Zuwa kalau salah yew* 

Kat sini Zuwa selitkan lahh ea pointer bagi pengurangan balik pinjaman MARA kau orang berdasarkan CGPA

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

Sekarang mari kita tengok plak Syarat2 untuk buat pengurangan nie.

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas

     (Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di      

      dalam negara)
ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA
iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :

  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)

*Haruslah disahkan oleh benar (kena cop) oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Macam aku, just mintak cop dari Guru Besar sekolah.*


Kat sini Zuwa bagi Cara/Step2 plak. 


1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan; 

    i. Borang Permohonan

   ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang
       berkaitan)

   iii. Transkrip rasmi



Selepas siap jew isi information dekat e-conversion MARA dan dah sahkan semua dokumen tuhhh kau orang kena print borang maklumat tuh.  Lepas tuhh POSKAN dokumen2 dan borang maklumat diri [yang kau orang print tadi tuh] kepada MARA ;

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur.


#Hantar semua dokumen tuhh dalam masa 30 hari dari tarikh kau orang buat permohonan online#

Dah siap. Sila tunggu dengan penuh kesabaran yang amat tinggi selama 30 hari untuk penyemakan permohonan kau orang tuhh. [over jew mak jah nie 30 hari jew ]. 
                                   "zuwa"
            assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, selamat pagi/petang/ malam. urm salam apa yang ada lagi. zuwa pon dah tak tahu dah, tahu tuh ja, tak bukan cuma ingat salam tuhh ja.. okay you know what guys lets just stop there.

         Okay nama di beri NUR HAZWANI BINTI HASSAN. Nama panggilan ZUWA (macam tajuk besar kat atas tuhh). ya ya ya ya ya mesti macam ha zuwa?? tak ada kaitan pon dengan nama penuh.. ohh ouhh situ anda salah sebab haZWAni, sebutan nya ala2 kan. kalau tak ala2 pon anggap la ala2.


         Tahap pengajian sekarang nie Bachelor in Office System and Technology, so kira budak2 lagi lahh nie.. jadi2 no3 tak ada duit angpou wa tarak kawin lagi.. Study di UiTM Selangor Kampus Puncak Alam, dalam semester 3.  Asal orang penang. (kalau ada yang kata tak nampak macam orang penang pon- awat hampa ingat aku nak kena usung nasi kandaq ka 24/7-)


         So  blogger erk, sebenarnya dah lama dah nak wt blog nie, dari tahun 2012 g, ha bpe tahun tuhhh ja nak kira.. urmm dah tunda niat yang murni dalam 4 TAHUN .. hahaha.. nampak sangat time tuhh ala2 malas lagi nak wat.

       Zuwa ada banyak benda nak share atau wat luahan hati tapi ye lahh apa kan daya macam tak sesuai ja kalau nak letak kat sini dok into pasai diri sendri tiba2 masuk topik hal semasa/dunia/ politik hai pening pala zuwa gamaknya kalau macam tuhh.. Dalam otak nie pon dok tengah perang nak wat tajuk apa.. so anyway lets stop here.. tuh my short, very2 short introduction ha. till we meet again. bye, assalamualaikum.

lot of love from zuwa :*