Friday 8 April 2016

     PENGURANGAN PINJAMAN MARA



                                     Assalamualaikum 

     3 tahun bertungkus lumus pulas semua sel2 otak agar bersambung akhir tamat juga DIPLOMA.  Selepas tamat ja belajar bermakna BAYAR LAHH BALIK PINJAMAN.  Bak kata orang pandai pinjam pandai bayar arhh balik.  Jangan pulak tak bayar atau buat-2 lupa nak bayar kang kena blacklist "ha kan dah payah plak kat situ". 

    Berbalik pada cerita asal, Zuwa memohon pinjaman MARA, jadi boleh lah buat pengurangan pinjaman MARA nie.  [Terima kasih MARA. hehehe].  Urusan pengurangan nie boleh dibuat 6 bulan selepas graduation.  *Betulkan Zuwa kalau salah yew* 

Kat sini Zuwa selitkan lahh ea pointer bagi pengurangan balik pinjaman MARA kau orang berdasarkan CGPA

3.50-4.00 : biasiswa
3.00-3.49 : bayaran balik 10%
2.50-2.99 : bayaran balik 25%
2.00-2.49 : bayaran balik 50%

(Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

Sekarang mari kita tengok plak Syarat2 untuk buat pengurangan nie.

i) Surat tawaran pinjaman bertarikh antara Januari 1985 dan ke atas

     (Tidak termasuk tajaan mulai 01/01/1998 di peringkat Sarjana/PHD di      

      dalam negara)
ii) Lulus Pengajian dalam tempoh tajaan MARA
iii) Permohonan perlu disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut (yang telah disahkan benar) :

  • Transkip Penuh
  • Sijil Diploma/Ijazah/Sarjana/Profesional dan sebagainya (yang berkaitan)

*Haruslah disahkan oleh benar (kena cop) oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan B/ Penghulu/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK)/Sidang/Jaksa Pendamai (JP)/Wakil Rakyat/Pegawai-Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan. Macam aku, just mintak cop dari Guru Besar sekolah.*


Kat sini Zuwa bagi Cara/Step2 plak. 


1. Untuk membuat permohonan secara online, sila layari e-conversion MARA
2. Pelajar perlu mengisi maklumat dan hantar maklumat anda secara online.
3. Cetak Borang Permohonan dan Sertakan; 

    i. Borang Permohonan

   ii. Sijil Diploma/ Ijazah/ Sarjana/ PhD/ Profesional dan lain-lain (yang
       berkaitan)

   iii. Transkrip rasmi



Selepas siap jew isi information dekat e-conversion MARA dan dah sahkan semua dokumen tuhhh kau orang kena print borang maklumat tuh.  Lepas tuhh POSKAN dokumen2 dan borang maklumat diri [yang kau orang print tadi tuh] kepada MARA ;

Bahagian Kawalan Kredit
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut

50609 Kuala Lumpur.


#Hantar semua dokumen tuhh dalam masa 30 hari dari tarikh kau orang buat permohonan online#

Dah siap. Sila tunggu dengan penuh kesabaran yang amat tinggi selama 30 hari untuk penyemakan permohonan kau orang tuhh. [over jew mak jah nie 30 hari jew ]. 

No comments:

Post a Comment